JellyPages.com

Saturday, January 19, 2013

Cetusan rasa merapu

Serius semenjak satu dua hari ni tak boleh nak tidur.  Lepas habis kontrak haritu cadang nak kerja tapi senang ke nak kerja. Dengan masalah telinga ni lagi. Fikir nak kerja sementara kat GSC Alamanda tu. Adik siap dah ambilkan borang dah tapi tak isi sampai sekarang. Bila fikir balik tak payah la kerja kat tempat bising camtu. Lagi aku tak dengar nanti.

So kenapa tak boleh tido ye sejak kebelakangan ni. Hati sedih kot. Dapat sakit kepala semua. Hadoi. Dengan fikir lepas ni apa plan masa depan. Result keluar 30hb ni so menunggu jela. Semalam abah dah bising minta resume. Aku memang dah ada resume dalam simpanan cuma kena kemaskini je. Sebab itu before aku masuk kerja kat Jab Perangkaan.

So azam aku pagi ni juga nak selesaikan resume tu. Kemaskini apa yang patut lepastu bagi kat abah. Lepastu hantar mama dan Dayah pergi sekolah Dayah untuk ambil Rm100 untuk pelajar sekolah tu. Then nak goyang kaki kat rumah. Tapi aku rasa tak berakhir sampai situ. Esok mesti ada malaun malaun yang ajak keluar last minit. Tengok jela nanti.

So setakat sini jela. Adios

No comments:

Post a Comment