JellyPages.com

Wednesday, December 26, 2012

Penutup 2012

Assalamualaikum peeps

Mesti tertanya kenapa tajuk macamtu padahal masih ada berapa hari lagi sebelum tahun 2012 nak berakhir. Sebenarnya kontrak aku dah nak habis dah. Aku bekerja sebagai PSH aka pekerja sambilan harian di Jabatan Perangkaan. Dah nak setahun aku bekerja disini. Aku ingat lagi tarikh aku masuk bekerja. 3.1.2012 tarikh keramatnya. huhu so 31.12.2012 ni adalah pengakhirannya. Agak sedih juga sebab dah setahun bekerja disini. Macam macam pengalaman suka dan duka aku dapat. Pengalaman bekerja tu pon dapat. huhu. Walaupun hanya sambilan, tapi pekerja tetap kat sini ramah ramah belaka. Tak nampak sangat la pentingkan darjat tu bak kata Izuan. hihi. So lagi berapa hari je lagi. 3 hari lagi tak masuk Sabtu dan Ahad. Hmphh lepas ni dah takda duit masuk dah. huhu. Acamane tu -,-" Okay lari topik sekejap.

So aku cubalah nak menghargai detik detik terakhir disini. Kebiasaannya aku suka beli laksa dekat kafe JPA tu. Sedap la juga bagi aku pencinta laksa ni. hehe. Kakak yang jual laksa tu pon dah kenal muka aku. Bos aku siap panggil aku minah laksa. hewhew. Im gonna miss them.




No comments:

Post a Comment