JellyPages.com

Friday, April 22, 2011

Pagi yang sibuk :)



 How much I wish that one day I will be a very successful woman.

Assalamualaikum semua  ^^

Hari saya memang super duper busy la.  Memang tak menang tangan jaga bos nie. huhu.  Tapi ini kira pengalaman yang paling berharga sebab apa yang saya buat ni memang bidang saya pun.  Cuma dengan ketiadaan semua PA di Sumber Manusia ni saya jadi haru-biru sebab tiada tempat untuk dirujuk.  Staf lain bukan tak boleh dibuat tempat untuk dirujuk cuma kalau PA yang sebenar mereka lebih 'expert'. 

Paling best sebab pepagi lagi bos dah ada meeting.  Jadi kerja saya setakat ni kene rekod surat keluar masuk dan busy menjawab panggilan telefon yang pertanyaannya memang saya tak boleh nak jawab. ????  huhu.  Tapi saya mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang kesian sangat nie nak tahu jawapannya.  

Menyelongakar sana sini meja Cik Diana nak cari benda yang diminta mereka tu. huhu. Kelam kelibut dibuatnya.  Kenapa hari banyak surat masuk ye? ^^  Nanti nak edar balik.  Liyana, jangan merungut ye.  Internship awak dah nak tamat tak lama lagi jadi inilah kesempatan yang ada untuk awak mengaut sebanyak mungkin ye sebelum sambung belajar balik.  

Sedikit kata-kata perangsang untuk diri sendiri. huhu.  Wish me good luck guys untuk menempuhi hari yang sangat panjang pada hari ini. :))

No comments:

Post a Comment