JellyPages.com

Thursday, April 21, 2011

6 Perkara Yang Membuat Kita Bersemangat di Waktu Pagi ^^


Assalamualaikum kawan-kawan.  Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana hendak membuatkan diri kita lebih bersemangat di waktu pagi.  Malas, lemah, penat longlai adalah satu perkara biasa yang sering dihadapi apabila kita bangun pagi.  Betul tak?  Angkat tangan kalau setuju dengan kata-kata saya.  ^_^  Perkara terbaik yang patut kita lakukan di waktu pagi adalah :
 1.  Bersyukur >>>>  Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kita juga masih  ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.  Tekad Bermotivasi >>>>  Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.  Di waktu awal pagi jangan buka emel, baca surat khabar, baca gosip-gosip mahupun 'mengejoin' sesi buat ketupat kerana ia akan menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.  Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi >>>>  Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. ^^

4.  Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah >>>>  Bila anda mula punch card nak masuk kerja, atau nak keluar rumah sebelum pergi sekolah baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja. hehe.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5.  Lihat Warna Cerah >>>>  Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.  Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
6.  Penuhkan Hati Dengan Kemaafan >>>>  Ha! Yang ni sangat penting.  Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. 
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.  Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kita akan jadi langsung tak bersemangat sebab asyik memikirkan tentang mereka-mereka ni.  Lebih teruk lagi, kita akan jadi orang sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain juga.

Akhir kata dari saya, marilah kita semua berubah demi menjana kejayaan.  Cewah! hahaa =)

Sumber: iluvislam.com















3 comments: