JellyPages.com

Thursday, April 28, 2011

Jangan bercakap ketika solat ^^

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Emak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.  Adapon, perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.  Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
 
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.  Setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu.

Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. Risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..  Amat pon berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "Jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. Lalu orang itu pun menjawab.. "Alah, setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." Eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " Yang kau bercakap tu aper "....
Sahlah..  Sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : Jangan bercakap dalam sembahyang..  Lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Tuesday, April 26, 2011

PART 1: Betapa susahnya Malaikat meminta Tanah dari Bumi ^^



Asslamualaikum semua.
Entri hari ni adalah pasal bagaimana Malaikat meminta Tanah dari Bumi untuk Allah mencipta manusia iaitu kita semua.  Saya tahu mesti dah ada yang tahu pasal ni tapi untuk yang tak tahu tu, inilah sebabnya saya post entri ni. 

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.  

(bersambung.......)    ^_^



Friday, April 22, 2011

Pagi yang sibuk :)



 How much I wish that one day I will be a very successful woman.

Assalamualaikum semua  ^^

Hari saya memang super duper busy la.  Memang tak menang tangan jaga bos nie. huhu.  Tapi ini kira pengalaman yang paling berharga sebab apa yang saya buat ni memang bidang saya pun.  Cuma dengan ketiadaan semua PA di Sumber Manusia ni saya jadi haru-biru sebab tiada tempat untuk dirujuk.  Staf lain bukan tak boleh dibuat tempat untuk dirujuk cuma kalau PA yang sebenar mereka lebih 'expert'. 

Paling best sebab pepagi lagi bos dah ada meeting.  Jadi kerja saya setakat ni kene rekod surat keluar masuk dan busy menjawab panggilan telefon yang pertanyaannya memang saya tak boleh nak jawab. ????  huhu.  Tapi saya mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang kesian sangat nie nak tahu jawapannya.  

Menyelongakar sana sini meja Cik Diana nak cari benda yang diminta mereka tu. huhu. Kelam kelibut dibuatnya.  Kenapa hari banyak surat masuk ye? ^^  Nanti nak edar balik.  Liyana, jangan merungut ye.  Internship awak dah nak tamat tak lama lagi jadi inilah kesempatan yang ada untuk awak mengaut sebanyak mungkin ye sebelum sambung belajar balik.  

Sedikit kata-kata perangsang untuk diri sendiri. huhu.  Wish me good luck guys untuk menempuhi hari yang sangat panjang pada hari ini. :))

Thursday, April 21, 2011

6 Perkara Yang Membuat Kita Bersemangat di Waktu Pagi ^^


Assalamualaikum kawan-kawan.  Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana hendak membuatkan diri kita lebih bersemangat di waktu pagi.  Malas, lemah, penat longlai adalah satu perkara biasa yang sering dihadapi apabila kita bangun pagi.  Betul tak?  Angkat tangan kalau setuju dengan kata-kata saya.  ^_^  Perkara terbaik yang patut kita lakukan di waktu pagi adalah :
 1.  Bersyukur >>>>  Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kita juga masih  ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.  Tekad Bermotivasi >>>>  Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.  Di waktu awal pagi jangan buka emel, baca surat khabar, baca gosip-gosip mahupun 'mengejoin' sesi buat ketupat kerana ia akan menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.  Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi >>>>  Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. ^^

4.  Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah >>>>  Bila anda mula punch card nak masuk kerja, atau nak keluar rumah sebelum pergi sekolah baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja. hehe.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5.  Lihat Warna Cerah >>>>  Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.  Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
6.  Penuhkan Hati Dengan Kemaafan >>>>  Ha! Yang ni sangat penting.  Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. 
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.  Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kita akan jadi langsung tak bersemangat sebab asyik memikirkan tentang mereka-mereka ni.  Lebih teruk lagi, kita akan jadi orang sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain juga.

Akhir kata dari saya, marilah kita semua berubah demi menjana kejayaan.  Cewah! hahaa =)

Sumber: iluvislam.com















Saturday, April 16, 2011

Cermin mata ^^





Assalamualaikum..
Saya berjalan-jalan di GOOGLE dan tiba-tiba dapat idea nak post entry pasal mata.  Jadi saya jumpa ni..
Jadi selamat membaca ^^

Tujuan Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.

Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga Infra Red (IR)yang akan merosakkan tisu (cell) mata.



Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR (Infrared).  Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.

Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.

Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.

Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;

1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.
2. Boleh menghalang cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.
3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.
4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.
5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).


Robert Pattinson cool ^^
  1. Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.
  2. Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata.
  3. Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata.
  4. Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata.
  5. Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap.
  6. Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.
  7. Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.
  8. Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata.
  9. Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu.
  10. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata.
  11. Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.
  12. Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan.


Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;

1. Tujuan kosmetik (penampilan)
2. Bersukan atau riadah
3. Mengelak malu (menyorokkan muka)

Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.

Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti:

1. Pening.
2. Silau semakin teruk.
3. Keletihan mata.
4. Imej tidak sekata.

p/s~~ saya rabun jauh ^^

Sumber: Google

Tuesday, April 12, 2011

Hati-hati! ^^

Peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??


Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..


lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?


sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..


perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..


Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!


kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..


satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


Sunday, April 10, 2011

Gambaran tentang Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

p/s Saya post ini sbb nak ingatkan diri sendiri.  ^^

Friday, April 8, 2011

AKU DAN MEREKA

Rindu pulak kat kawan-kawan.  Me with Ateh ^^ Hope get to see u soon ateh ^^ 


Saya tak tahu apa yang cuba saya sampaikan dalam gambar ni.  Tahu tarian menuju puncak AF?  Macam lebih kurang part yg tu.  Saya excited sebenar-benarnya.  Maklumlah hari JUmaat hari tu.  Nak balik rumah tercinta.  hehe.  Inilah tugu negara manusia yg baru :)  We all rock yo!

Friday, April 1, 2011

Manja diri Nona bersama PUSPANITA

Pada 26.3 saya telah pergi Kajang sebab ada aktiviti macam yang tertulis kat atas ni.


Antara wajah2 wakil dari KDN.  Saya tak ade sebab saya yang ambil gambar ni. ^^  Ye yang kat belakang tu nak apa?  May I take your order please. ;p


Me with Puan Shakila and Puan Syuhaida. :)  Wajah saya agak gelap ye selepas menari tarian joget. huhu


4 gadis pingitan. hehe. From left Puan Hanisa, Cik Azura, Cik Raziffi and Cik Liana.  She is Liana and me is Liyana. hehe.
FIN.

Kahwin ^^

Okay. Gambar ni ditangkap sebelum pergi ke kenduri kahwin abang saudara saya.  Sempat lagi posing youols. ^^  Memang gedix dan BERKAKI AYAM.

Dah nak balik Putra.  Hah! Yang ini gambar bersama abang buncit saya.  Jangan salah faham.  Abang kandung saya. ^^  Setelah sekian lama dalam satu bulan tak jumpa sebab dia duduk kat kampung dengan atok opah kat Perak sebab U dia kat sana. hahaha. I miss u Along :))

haha. Saya rasa nak gelak tengok yang ini.  Macam muka baru bangun tidur pon ade.  Gambar ni dalam perjalanan nak balik Putra balik.  Tapi sempat singgah sakan kat rumah sanak saudara belah abah.  huhu. What a long journey.

Ini dengan adik kesayangan saya.  Hidayah ^^.  Sweet kan dia?  Angguk cepat. ^^



Sepetang




Saya dan adik saya pergi ke Alamanda .  Cuaca pada petang tu memang agak panas plus saya tak pakai sunblock. huh. Muka macam orang sakit .  Tak reti nak makeup. Actually malas . haha