JellyPages.com

Wednesday, November 3, 2010

Onemoretogo!

Hari ini hari apa? Oh! Hari ini hari Rabu! (:  Paling best tentang hari Rabu adalah kerana pada hari Rabu ada pasar tani. haha. Pergh! Sorry. Hari ni kurang waras jap sbb tadi ada paper shorthand so minda ni da ta bole nak berfikir dengan waras for a moment. huuu. Act da lame aku ta update blog nie sbb busy ngn jengjengjeng! FACEBOOK! huhu. Ceh! pk busy ngn study ke ape ke tp FB. Aku sebenar-benarnya nak cite pasai study aku. hehe. SEm 2 gonna be end! At last. Tp im not ready yet to do my practical. haish! serious sbb aku akn buat prac di tmpt kerja ayh aku. hurm, sigh. ak pon ta tahu apa yg aku rase skrg sbb perasaan ak bercampor2 mcm masak lemak cili api ngn bubur mc'd. tade kaitan tp itu la perasaan aku skng. Sebenarnya, apa yg aku rase skng adalah nak SHOPPING sangat2 ! but iv got no money, no transportation, and da most important is what huh? IM LAZY! even nak g kedai pown ak malas sgt2 walaopon kereta dah menanti kt parking lot. ados! ak ni sgt2 la... Seriously, ak bkn kaki jalan. Aku lebey rela dok kat umah walaopon ade event paling menarik kt sebelah umah. hehe. ceh, ade ape je kat umah abg din tu. hurm, Aku akn automatik jadi rajin kalau benda tu aku nak sangat2. Macam nak shopping tadi, aku mmg aim benda nie dan ill make sure that ill get it whatever it takes. hehe. Adoi, terlebey suda. Penat la menaip tapi aku rela sebab aku lebih suka meluahkan perasaan aku dgn menaip drpd bercakap. Bercakap sgt memenatkan dan kadang2 boleh mengguris haTi dan perasaan orang. so ill make sure that my mouth always on silent mode. =_='
id rather die than talking all the time. huh. FINISH.

Tuesday, October 5, 2010

All She Knows-Bruno Mars

Once again you're home alone
Tears running from your eyes
And I'm on the outside
Knowing that you're all I want
But I can't do anything
I'm so helpless baby

Everyday same old things
So used to feelin pain
Never had real love before
And it ain't her fault

She knows better but
She can't help it
Wanna tell her
But would that be selfish
How do you heal
A heart that can't feel, it's broken
His love is all she knows, all she knows, all she knows
His love is all she knows, all she knows, all she knows

You've been livin this way so long
You don't know the differece
And it's killing me
Cause you can have so much more
I'm the one your looking for
But you close your eyes on me
So you still can't see

Everyday same old things
So used to feelin pain
Never had real love before
And it ain't her fault

She knows better but
She can't help it
Wanna tell her
But would that be selfish
How do you heal
A heart that can't feel, it's broken
His love is all she knows, all she knows, all she knows
His love is all she knows, all she knows, all she knows

All she knows is the pain
In the corner of an empty home
She's still comfortable
I want her to know
It can be better than this
I can't pretend
Wish we were more than friends

Everyday same old things
So used to feelin pain
Never had real love before
And it ain't her fault

She knows better but
She can't help it
Wanna tell her
But would that be selfish
How do you heal
A heart that can't feel, it's broken
His love is all she knows, all she knows, all she knows
His love is all she knows, all she knows, all she knows

NICE !


Tuesday, September 28, 2010

ColourMe

im just to busy, busy, busy, bee

BOYS.

If a boy calls you hot, he looks at your body. If he calls you pretty, he looks at your face. But if he calls you beautiful, he looks at your soul.

 

Monday, September 27, 2010

whatisthis?

Esperar duele. Olvidar duele. Pero el peor de los sufrimientos es no saber qué decisión tomar.
Means:    Waiting is painful. Forgetting is painful. But not knowing which to do is the worse kind of   suffering. 
Okay. I likes this quote so much! It likes somekind of motivation for me. 

Sunday, September 26, 2010

im speechless!

Kisah benar oleh: Mia Sofea

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Teka-teki :)

Tiba-tiba rasa macam hendak berteka-teki pulak.  Rasanya dah 2 tahun tinggalkan teka-teki ni sejak habis sekolah pada tahun 2008. hee.
 
 
 Ulat daun tidur berembun
Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?
 
Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?
 
 
 
 

shoelust

Prada Spring 2011 Shoes. I like it a lot!

i cant wait for this semester to be over. :) I hope i get maintain my pointer.

UmatIslamTakSembahyang?

Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang solat.  Saya terbaca artikel ini disatu blog rakan saya.
Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.

Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang? Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.


Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.


Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia. Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat! Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja. Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'. Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.

Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible! Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.


Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya. Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka. Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka. Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.


9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH. Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!. Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!. Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita). Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat.

Wednesday, September 1, 2010

ilovesthismoment

I miss u all so badly. Afiqah, kau memang paling aku rindulah buddy! Bila kita nak pergi memeriahkan kolam renang diPresint 9 tuh? haha. Khalid, kau memang paling susah nak jumpa. Anak emaklah katakan. huhu. Alin, aku rindu nak berbual2 dengan kau. hehe. I'd like to share something with u. Kau ada secreto d'Amor yang aku nak cungkil2 keluar. hahaha.

Wednesday, August 25, 2010

kenapa yahudi bijak?

 Oleh: DANISH IRFAN

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Read this..




Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

"Inna solati, wanusuki, wamahyaaya, wamamati lillahi rabbil alamin"
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam"

"Dan Allah tuhan Kami,
Rasul ikutan kami,
Al-Quran Panduan kami,
Jihad jalan Kami,
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami!!"

Tuesday, August 24, 2010

Kisah Sebiji Epal & Seorang Jejaka..


 Di suatu daerah, terdapat sepohon pokok epal yg sgt besar dan buahnya yg sgt merimbun..
Setiap yg melalui pohon epal itu, pasti terpesona dgn buahnya yg kelihatan cantik dan lazat. Buah epal itu dipetik dan dimakan oleh sesiapa sahaja yg melaluinya. Namun, jauh disudut dahan itu terlihat sebiji epal yg sgt cantik warnanya dan bgus kulitnya..

Si epal : Aduhai malang nasibku. Saban hari aku menunggu utk dipetik. Namun tiada siapa yg nampak akn diriku. Tiada siapa yg mahu memetikku kerana aku sukar utk dilihat kerana dedaunan dan dahan pohon ini.

Kebetulan ada seorang jejaka melalui pohon itu dan teringin untuk memetik buah epal di pohon itu..

Si jejaka : Wah buahnya merimbun, dia lihat buah yg epal td walaupun terselit dicelahan dedaun.

jejaka itu mula memanjat.buah epal itu tersangat gembira krn akhirnya dia jga bakal dipetik sama spt teman2nya..namun tiba2 jejaka berkenaan berptus asa krn terlalu tinggi kedudukannya.akhirnya dia mula berfikir.

Si jejaka : Drp aku susah2 petik yg tinggi itu, lebih baik aku petik yg bawah dan mudah ini saja.

Alangkah sedihnya hati si epal apabla jejaka itu memetik epal yg kurang kualitinya dan ia kesal ia tk dapat dipetik krn terlalu tinggi dan tersorok. akhirnya kesedihan si epal ini membuatkan ia berfikir,..

Si epal :aku cntik, kulitku bagus.tp tk siapa lihat aku. Lebih baik aku rendahkan diri aku agr mudah aku dipetik oleh org dan mudah kelihatan.drp aku tinggal di atas dan tidak kelihatan oleh sesiapa.

Akhirnya ia rendahkan dirinya sedikit demi agr klihatn dn mudh dipetik.. Tiba2 ada seorang jejaka melalui pohon td. Dia lihat kulit si epal td cantik dn mnarik, ketika digigit epal itu tiba2 dia mludah..rupanya epal td sudah digigit oleh oleh ulat gara2 berada di kedudukan rendah yg mnyebabkan ulat2 senang mncapai.akhirnya jejaka itu tnpa berfikir terus buang epal berkenaan ke tanah krn sudah tercemar oleh ulat..akhirnya epal yg dbuang ke tnh itu, membusuk dan tiada sesiapa yg memandang epal itu lg..

Wanita mampu memlih sama ada ingin mletakkn diri di thap rendah mahupun tinggi. umpama epal itu, rela merendahkn diri utk mndaptkan phatian walhal sesiapa yg bijaksana psti akn berusaha utk mndptkn yg tbaik sungguhpun berada dtmpt yg tinggi.bukan itu saja,sungguhpun epal di tmpt yg tinggi tidaklah secantik mana namun,pemetiknya pasti akn mkn juga dan mnghargainya krn dia tlh bersusah pyh memanjat berbanding dgn yg mudah dpt dan mudh tuk tidak mghargai.
cantiknya akhlak wanita,.luhur budinya pasti akn kelihatan juga walaupun ia tersembunyi.hanya yg bijak mnilai sahaja yg akn mlihat kcantikannya..

p/s : jgnlah sesekali mrendahkn diri kalian demi ssuatu yg tidak pasti. Belum tentu jika kamu merendahkn diri kamu akn dpetik. sesungguhnya penilaian yg plg adil adlh Allah yg Maha Kuasa..usah kamu gusar wahai si gadis,.wanita,...jagalah akhlakmu insyaAllah yg dtg pdmu adlh yg ssuai dgn akhlakmu juga,.. Ssungguhnya wanita yang baik utk jejaka yg baik.. yakinlah dgn itu... insyaAllah biiznillah....
Di ambil dari kawan saya : Farhat Zuhairi bin Kamsani

wanitasolehah


 Raut wajah berhias cahaya,
Tutur kata selembut sutera,
Haus iman karena taqwa,
Itulah ciri wanita solehah,
Dalam tafakkur ia berdo
Dengan lafadz lembut ia baca basmallah,
Seraya tunduk kepada Allah Taala Membuat ia kian pasrah kepada Allah semata Senja di telaga, Bermahkotakan sinar kemuning dari pancarannya Hanya kepada Allah semata ia bertaqwa, Hanya kepada Rabb tempat ia berkeluh kesah,
Dalam hati ia bertasbih,
Dalam raga ia berjanji Satu tujuan yang harus diraih,
Berjihad di jalan Allah selama hidup hingga mati..

Semoga kalian dapat menjadi seperti ini.. Ameen.. (^_^)

Tuesday, August 17, 2010

imlackofwords


walkthisway

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya. Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s;Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anakperempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)
2. Suaminya. Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorangyg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakahdia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abangnya. Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s;Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat...dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya. Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibujuga insan biasa.... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jikatidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah......betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

ilovesfashion


I really loves fashion. Envy for my brother and his girl friend's. They are my idol. They have created one new phenomena and gave me a new life toward fashion. Love them!

ZARA   

Thursday, June 3, 2010

youth Festival '10 Day 2

Pada 29 Mei 2010 saya dan rakan yg lain tlh pergi ke youth festival di PWTC. Agak seronok di sana ..
Ini ada satu gambar bersama rakan2 disana. :))

Wednesday, April 7, 2010

Cara mengatasi sifat MALAS

1. mandi ketika kemalasan datang menyerang
2. mengubah posisi duduk ketika membaca
3. menghirup udara segar dengan berdiri di tepi jendela
4. berjalan-jalan disekitar bilik atau rumah
5. membuat secawan kopi, teh, jus atau minuman2 lain yg boleh menghilangkan ngantuk
  
p/s kalau tak berkesan anda semua buatlah cara sendiri untuk mengatasi sifat malas tu yer.hehe

Sunday, April 4, 2010

Saya telah menyertai kem poli briged di Sg.Congkak pada 2 hingga 4 April 2010. Sangat menyeronokkan. Act at first saya memang sedih sbb kne pegi kem tuh. Tapi bila dah pergi bru dpt rasa keexcitedannyer.hehe.. Saya brkmpln aktvti dgn bdk2 dri j. am dan mekanikal dan hnye trdpt 2 org dri j.prdgngn iaitu saya dan Safia. Hari prtama dsne kami mmsg khemah. Malam tu pula kami dasingkan kpd kmplan aktviti. Saya kmpln 5.. Yang saya ingat nama ahli yg lain adlh Safia, Amirul dan Nashin.. Yang len harapan saya nk ingat. hehe.. Pling best masa malam kebudayaan. Kmplan saya mncrtkan tntg poligami. Pergh! Watak saya adlh istri muda kpd Nashin.haha.. Memang sengal.. Dan hasil  drp sketsa mlm itu nashin tlh dpt anugerah persembahan terbaik. ngehngeh.. Hari kedua berada di kem, kami tlh melalui stu aktvti yg dpnggil night walking.. Memang kami tidur terbongkang bralaskn jln rya dn brbmbngkn langit yg tk brpa nak terang tuh. adoi.. tapi mmg best gilew.. Hari ketiga pula kami ada satu aktvti yg terakhir iaitu explorace.. hehe.. Saya brgbung dgn kumpulan Emie iaitu kmpln 6.. Dan tamatlah kem kami.. Saya akn merindui semuanya esp tntang rakan2 bru saya. ngehngeh..

Sunday, March 28, 2010

Kepeningan melanda



Pagi tadi saya terbangun apbla roomate saya bangun.Dari gayanya nmpk macam sleep walking tpi bile diamati mmg dia sedar.hehe..Pastu dia dgn sng hatinyer membuka pintu bilik lalu ke toilet.Rupanye dia nak mandi lalu secara otomatiknye saya melihat jam tangan putih yg ta brape putih tu dan saya agk tkezut beruk kerana jam menunjukkan pukul 5.30am..Im so surprised coz pling awl dye bgn pon about 6 am..Tapi dgn kengantokan yg melanda saya tdk ade masa nk komen apa2 pd dia.Bila dia da kmbli ke bilik,dia tgk jam dan dia agk tkezut beruk sbb jam bru pkui 5.41am..haha..Lalu dgn perasaan yg bercampur baur dia tido blik..kuangkuang..Yes!

Monday, March 22, 2010

awakened

Hari ni setelah seminggu saya bercuti,kelas pertama adalah kelas En.Siri..Hari ni En.Siri ajar cara nak buat blog.Satu bonus bagi saya,kak su dan emie sebab kami dah sedia ada blog kami sendiri.hehe..Memang pagi tadi agak liat untuk saya bangun pergi ke kelas.huhu..Tengah bersiap2 nak pergi kelas tiba2 roomate saya menjerit.Saya fikir ada lipas ke,ulat terbang ke tapi rupa2nya dia dapat satu mesej yg agak menggembirakan.Saya rasa korang semua boleh tekakan?Roomate saya tu tiada kelas pagi nie..Arrgghh!Agak cemburu ye di sini.So dengan gembiranya dia terus tidur balik.hurm,rezeki dia agaknya.Saya agak pening nak tukar layout blog nie.Nak cari yang cantik2 bukannya susah tapi saya agak cerewet.hehe.

Monday, March 8, 2010

for girl

Dah sekian lama saya tak update blog.Yola,nak kena g CC lagi so better saya tggu dapat laptop.hehe.Ini kira bagus sbb dapat juga saya update blog nikan.Saya ada something untuk dikongsi bersama.Take a look yer.

"Haven't I seen you someplace before?"
"Yeah, that's why I don't go there anymore."

He: So what do you do for a living?
She: Female impersonator.

"Is this seat empty?"
"Yes, and this one will be too if you sit down."

"So, wanna go back to my place?"
"Well, I don't know. Will two people fit under a rock?"

"I'd like to call you. What's your number?"
"It's in the phone book."
"But I don't know your name."
"That's in the phone book too."

"I know how to please a woman."
"Then please leave me alone."

"Haven't we met before?"
"Yes, I'm the receptionist at the Mental Hospital."

"I want to give myself to you."
"Sorry, I don't accept cheap gifts."

"I can tell that you want me."
"Ohhhh. You're so right. I want you... to leave."

"Hey, baby, What's your sign?"
"Stop."

"Hey cutie, how 'bout you and I hitting the hot spots?"
"Sorry, I don't date outside my species."

"May I see you pretty soon?"
"Why? Don't you think I'm pretty now?"

"I'd go through anything for you."
"Good! Let's start with your bank account."

"I would go to the end of the world for you."
"Yes, but would you stay there?"

If you are looking at a girl and she says "What are you looking at?
"say "I thought you were good looking, but I was mistaken."

He: Would you like to dance?
She: Not with you.
He: Oh, come on. Lower your standards a little, I just did.

Q: Does beauty run in your family?
A: It obviously doesn't in yours!

Q: Do you believe in love at first sight or do you want me to walk by again?
A: Yeah, but this time don't stop!

Q: I think you're the best looking girl in here.
A: Really? Well, I'd better go find the best looking guy then, hadn't I!

Q: Can I buy you a drink?
A: Go ahead, but only if you buy my boyfriend one too!

"I looked up beautiful in the thesaurus today and your name was included.
"Response: "Thanks! Hey, I saw your name next to jerk."

Friday, February 26, 2010

24.2.2010 kt kolej saya ada pertandingan muslimah the power.hahaha.sangat2 kelakar.each class mesti ada sorang wakil dan kak Qurratu Ain tlh terpilih menjadi wakil tersebut.Dia dpt nombor 2 drp 24 orang yang bertanding.memang dia power muslimah betui.Dan yang paling best hadiahnya adalah dapat pergi spa.Perghh!kalau saya tahu memang saya offer diri sendiri jew.ngehngeh.Tapi saya tak pergi pon tengok pertandingan tu.Dengar cerita kelas saya memang paling havoc antara kelas2 lain.Memang tak terkezut pon sbb budak2 kelas saya sumenye gila2.Bak kata Farah,OMG!haha.she's so sweet.Kepada kak Ain tahniah la yer. :)