JellyPages.com

Tuesday, April 15, 2014

Teman Lelakiku Playboy Part 1

PART 1

2012 Jan     Hmm malasnya nak bangun. Rasa takut nak pergi kerja. Macam macam perasaan ada dalam hati ni. Sambil Nana menarik selimutnya menutupi keseluruhan badannya. Nana, gadis biasa biasa yang baru saja tamat diplomanya. Dapat bekerja sebagai pekerja sambilan harian disalah satu kompleks kerajaan. Kira untung la dia sebab dapat terus kerja lepas habis belajar. Tak sempat nak bercuti pun dah kena kerja. Nasib dia. 


__________________________________________________

Jam 7.00 pagi aku dah keluar tunggu bas. Masuk kerja pukul 8.00 pagi. Haish nasibla. Kena tunjuk perangai baik baik je mula mula masuk kerja ni. hihi. Gelak Nana dalam hati sendirian. Aduh mana bas ni. Dah setengah jam tunggu. Nanti pukul berapa pulak nak lapor diri. Demm punya bas. Kutuk Nana sendirian dalam hatinya yang penuh rasa tak bersalah tu. Akhirnya pukul 8.03 minit Nana sampai jua dibangunan tempat dia akan mula bekerja. Dengan penuh berdebar dia menekan butang lif ketingkat 5. Fuhh.. Berdebarnya jantung aku. Entah apa la nanti bos and pekerja kat situ kata pasal aku nanti. Hmm... Membebel lagi Nana dalam hatinya yang penuh kekusutan tu. Tumpang tanya encik, kat mana saya boleh lapor diri ya? Saya pekerja baru yang sekian sekian sekian... Terang Nana pada sorang pakcik mana entah yang dia nampak kat dalam pejabat tu. Gasak jela Nana oii... Encik tu kata kat bahagian sekian sekian sekian. Okay aku dengan berdebarnya pergi la kat bahagian yang disebut oleh pakcik tadi tu. Sesampainya ditempat yang dimention tu, takda seorang pun makhluk kat situ. Kosong... Tergamam aku dibuatnya. Aku fikir aku sorang je yang lambat tapi diorang ni lagi lambat dari aku. Biar betik diorang ni. Adoi.. Nana mulai berasa lega sebab dia tak lambat malah ada yang lagi lambat dari dia. haha... Jadi Nana pun duduk disatu meja diantara banyak banyak meja. Hmm.. Boringnya menunggu.. Nak jam 9.00 pagi barula nampak sorang kakak tu jalan terkedek kedek diikuti oleh beberapa orang kakak yang lain. Aku perhati kakak kakak tu semua ada pegang makanan. Ohh.. Jadi diorang ni pergi beli breakfast gamaknya. Sempat lagi memerhati dalam keadaan nervous tu. Aku duduk diam terkaku sementara menunggu kakak tu mendekati aku. Fuuh berpeluh peluh dalam aircond yang memang sejuk tahap kutub selatan. 

Saturday, April 5, 2014

Wajah baru

Dah lama sangat tinggal dunia berblogging ni. Blog aku ni perlukan wajah baru. Ye. Wajah baru. Biar bila tengok tu terasa baru jugak tuannya. Tak kono. Tapi tak peduli. Dah lama sangat dibiarkan berdebu. Kali ni biar dia bernafas sikit. Tunggu aku ada masa and unlimited wireless connection. haha. ok sekian saja coretan pada kali ini. kbai.

Tuesday, February 25, 2014

Let her go

 
This song is to being dedicated to my lovely man. You know that its been 2 year since our first met. And until now I still loves you and always love you :)